Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) perlu meneliti dan berunding dengan pemimpin akar umbi berhubung permohonan Ahli Parlimen Puncak Borneo Datuk Willie Mongin untuk menjadi ahli parti.<br /><br />Naib Presiden PBB Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah, berpendapat PBB tidak patut mengenepikan permohonannya begitu sahaja.<br /><br />Jelasnya, kemenangan Willie pada Pilihan Raya Umum ke-14 dengan majoriti lebih 4,000 undi menunjukkan prestasinya di mata rakyat.